Kebebasan Mendapatkan Maklumat dari Sudut Maqasid Syariah
Freedom to Access Information from the Perspective of Maqasid Shariah
Keywords:
Hak asasi, integriti, kebebasan mendapatkan maklumat, Maqasid Syariah, tadbir urus, Human rights, intergrity, freedom of information, governanceAbstract
Penulisan ini mengkaji tentang kebebasan mendapatkan maklumat dari perspektif Maqasid Syariah. Kebebasan mendapatkan maklumat merupakan salah satu mekanisme pencegahan rasuah dan merupakan cara untuk memastikan tadbir urus yang baik. Di peringkat antarabangsa kebebasan mendapatkan maklumat telah diiktiraf sebagai satu bentuk hak asasi manusia dalam sesebuah negara demokrasi. Pada masa yang sama, beberapa instrumen undang - undang antarabangsa seperti United Nation Convention against Corruption (UNCAC) menggariskan bahawa kebebasan mendapatkan maklumat merupakan aspek yang penting dalam mempromosikan tadbir urus yang baik. Ini kerana kebebasan mendapatkan maklumat menjadikan penjawat awam lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Keputusan dibuat oleh penjawat awam boleh disemak dan dinilai oleh masyarakat awam dibawah konsep kebebasan mendapatkan maklumat dan seterusnya menjadi mekanisme semak dan imbang. Dalam konsep Maqasid Syariah, amalan integriti sebahagian dari konsep memelihara harta (hifz al -mal). Konsep ini secara keseluruhannya menolak amalan rasuah dan menganjurkan takbir urus yang baik bagi mereka yang mentadbir. Dengan menggunakan metodologi konseptual dengan menganalisis artikel, buku, kes -kes dan makalah, penulisan ini mendapati bahawa kebebasan mendapatkan maklumat menepati kehendak Maqasid Syariah terutamanya dari aspek mengukuhkan integriti dan tadbir urus yang baik bagi kesejahteraan masyarakat. Penulisan ini juga mencadangkan kerajaan supaya memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat di Malaysia supaya integriti dapat diperkukuhkan selaras dengan kehendak Maqasid Syariah.
This paper examines freedom of information from the perspective of Maqasid Shariah. Freedom of information is one of the mechanisms for preventing corruption and a means to ensure good governance. Internationally, freedom of information has been recognized as a fundamental human right in a democratic nation. At the same time, several international legal instruments, such as the United Nations Convention against Corruption (UNCAC), highlight that freedom of information is a crucial aspect in promoting good governance. This is because freedom of information encourages public servants to be more prudent in decision-making. Decisions made by public servants can be reviewed and evaluated by the public under the concept of freedom of information, thereby serving as a system of checks and balances. Within the framework of Maqasid Shariah, the practice of integrity forms part of the concept of safeguarding wealth (hifz al-mal). Overall, this concept rejects corruption and promotes good governance among administrators. Utilizing a conceptual methodology by analyzing articles, books, legal cases, and academic papers, this paper finds that freedom of information aligns with the objectives of Maqasid Shariah, particularly in strengthening integrity and good governance for the well-being of society. This writing also suggests that the government introduce a Freedom of Information Act in Malaysia so that integrity can be strengthened in line with the requirements of Maqasid Shariah.