Cabaran Kecerdasan Buatan (AI) Terhadap Keupayaan Pemikiran Kritis Mahasiswa Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT): Satu Analisis Epistemologi Digital dan Penstrukturan Semula Pentaksiran
The Challenge of Artificial Intelligence (AI) to the Critical Thinking Capabilities of University Students in the 'Philosophy and Current Issues' (FIS) Course: A Digital Epistemological Analysis and the Restructuring of Assessment
Keywords:
Epistemologi digital, Kecerdasan Buatan (AI), pemikiran kritis, pentaksiran, Digital epistemology, Artificial Intelligence (AI), critical thinking, authentic assessmentAbstract
Perkembangan pesat teknologi Kecerdasan Buatan (AI) telah merombak landskap pembelajaran dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT). Perubahan ini dapat dilihat pada proses pengajaran dan pembelajaran kursus Falsafah dan Isu Semasa di IPT. Kursus ini merupakan salah satu mata pelajaran umum (MPU) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2019 yang wajib diambil oleh semua mahasiswa IPT. Kursus ini bertujuan untuk membina keupayaan pemikiran kritis berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Walau bagaimanapun, kebergantungan berlebihan kepada AI mengancam proses penaakulan falsafah yang tulen. Kajian konseptual ini bertujuan menganalisis cabaran epistemologi digital terhadap daya pemikiran kritis pelajar dan merangka cadangan penstrukturan semula pedagogi serta pentaksiran kursus. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen terhadap isi kandungan kursus, literatur epistemologi Islam dan kajian-kajian AI terkini dalam pendidikan tinggi. Hasil kajian mendapati penggunaan AI tanpa kawalan etika memicu kemalasan intelek yang boleh menghakis pemikiran kritis pelajar. Bagi mendepani cabaran ini, kajian mengesyorkan peralihan bentuk pentaksiran kepada penilaian yang lebih sesuai seperti portfolio reflektif berfasa dan penilaian lisan bagi mengekalkan integriti akademik serta melahirkan modal insan beradab.
The rapid advancement of Artificial Intelligence (AI) technology has significantly transformed the learning landscape among students in higher education institutions (HEIs). This shift is particularly evident in the teaching and learning of the Philosophy and Current Issues course, a compulsory General Studies Subjects (MPU) introduced by the Ministry of Higher Education Malaysia in 2019. Designed to foster critical thinking grounded in the National Education Philosophy, the course’s core objective is increasingly challenged by an overreliance on AI, which threatens genuine philosophical reasoning. This conceptual study aims to analyse the digital epistemological challenges impacting students' critical thinking faculties and propose a framework for restructuring the course's pedagogy and assessment. Employing a qualitative document analysis methodology, the research examines the course syllabus, Islamic epistemological literature, and contemporary studies on AI in higher education. The findings reveal that unregulated AI usage triggers intellectual laziness, ultimately eroding students' critical thinking capabilities. To mitigate these challenges, the study advocates for a paradigm shift toward authentic assessment strategies, such as phased reflective portfolios and oral evaluations, thereby safeguarding academic integrity and cultivating ethical, well-mannered human capital.