Kerangka Pembangunan Ilmu Pengetahuan Berasaskan Tauhid
A Framework for the Development of Knowledge Based on Tawhid
Keywords:
Daqiq Kalam, pembangunan ilmu, metafizik Islam, development of knowledge, Islamic metaphysicsAbstract
Keupayaan manusia untuk memahami fenomena alam dan pelbagai bentuk ilmu baharu telah berkembang seiring dengan kemajuan ilmu, sains, dan teknologi. Walau bagaimanapun, perkembangan ilmu yang berasaskan kerangka epistemologi dan ontologi yang dikotomis—khususnya pemisahan antara alam tabii dan aspek Ketuhanan—telah menimbulkan persoalan mengenai peranan Tauhid dalam pembentukan dan pembangunan ilmu dari perspektif Islam. Dalam tradisi intelektual Islam, Daqīq al-Kalām merupakan satu cabang ilmu Kalām (teologi) yang membincangkan persoalan mendalam dan halus mengenai entiti selain Allah—iaitu alam tabii dan struktur realitinya. Perbincangan ini merangkumi konsep-konsep seperti jawhar, araḍ, jasad, ruang, masa, gerakan, perubahan, dan kausaliti. Artikel ini bertujuan untuk meneliti kepentingan Daqīq al-Kalām sebagai kerangka konseptual bagi membangunkan ilmu yang berlandaskan Tauhid dalam konteks kontemporari. Metodologi kajian ini telah dibuat dengan meneliti jurnal akademik kontemporari yang berkaitan dengan Daqīq al-Kalām, metafizik dan epistemologi Islam, konsep Tauhid, serta hubungan antara tradisi intelektual Islam dengan kemajuan ilmu dan sains. Sintesis kajian menunjukkan bahawa Daqīq al-Kalām menyediakan landasan metafizik-ontologi yang mampu menghubungkan kajian tentang alam tabii dengan prinsip-prinsip Ketuhanan, khususnya berkaitan pemahaman tentang kewujudan, hakikat objek, perubahan, aturan kosmik, dan hubungan sebab-akibat.
Human capacity to comprehend natural phenomena and various forms of new knowledge has evolved in tandem with advancements in scholarship, science, and technology. However, the development of knowledge—grounded in a dichotomous epistemological and ontological framework, specifically the separation between the natural world and the Divine—has raised questions regarding the role of *Tawhid* (Divine Oneness) in the formation and development of knowledge from an Islamic perspective. Within the Islamic intellectual tradition, *Daqīq al-Kalām* represents a branch of *Kalām* (theology) that addresses profound and subtle inquiries concerning entities other than God—namely, the natural world and the structure of its reality. These discussions encompass concepts such as *jawhar* (substance), *araḍ* (accident), *jasad* (corporeal body), space, time, motion, change, and causality. This article aims to examine the significance of *Daqīq al-Kalām* as a conceptual framework for developing knowledge rooted in *Tawhid* within a contemporary context. The research methodology involved an examination of contemporary academic journals concerning *Daqīq al-Kalām*, Islamic metaphysics and epistemology, the concept of *Tawhid*, and the relationship between the Islamic intellectual tradition and advancements in knowledge and science. The synthesis of this research indicates that *Daqīq al-Kalām* provides a metaphysical-ontological foundation capable of bridging the study of the natural world with Divine principles—specifically regarding the understanding of existence, the nature of objects, change, cosmic order, and causal relationships.