Penguasaan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Sekolah di Malaysia: Sorotan Literatur Bersistematik dan Jurang Kajian Murid Kelas Peralihan

Mastery of Malay Language Reading Skills Among School Students in Malaysia: A Systematic Literature Review and Research Gaps Regarding Transition Class Students

Authors

  • Arun Ahmad Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Sorotan Literatur Bersistematik, Kemahiran Membaca, Bahasa Melayu, Murid Kelas Peralihan, PRISMA, Systematic Literature Review, Reading Skills, Malay Language, Transition Class Students

Abstract

Kemahiran membaca Bahasa Melayu merupakan asas kepada pembelajaran merentas kurikulum, namun bukti empirikal tentang tahap penguasaan sebenar murid di Malaysia masih bertaburan dalam pelbagai jurnal, peringkat persekolahan dan reka bentuk kajian yang berbeza. Sorotan literatur bersistematik ini dijalankan bagi mensintesis kajian empirikal tentang tahap penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid sekolah di Malaysia, mengenal pasti komponen bacaan yang paling lemah dan faktor yang dikaitkan dengannya, serta menilai sejauh mana murid Kelas Peralihan diwakili dalam korpus kajian sedia ada. Sorotan dilaksanakan mengikut panduan pelaporan PRISMA 2020 dengan carian dijalankan ke atas pangkalan data antarabangsa dan platform jurnal Malaysia bagi tempoh terbitan 2015 hingga 2026. Sejumlah dua puluh kajian primer memenuhi kriteria kelayakan dan dianalisis menggunakan sintesis tematik. Lima tema dikenal pasti. Pertama, tahap penguasaan yang dilaporkan secara konsisten berada pada aras terhad, khususnya dalam kalangan murid bukan penutur natif. Tema lain merangkumi jurang yang berulang antara kemahiran nyahkod perkataan dengan kefahaman teks, faktor yang merentas aras individu, keluarga, pengajaran dan struktur persekolahan, bukti keberkesanan intervensi yang menggalakkan tetapi terhad oleh saiz sampel kecil dan instrumen binaan penyelidik, serta kekurangan kajian pada peringkat menengah. Tiada satu pun kajian dalam korpus memberikan tumpuan khusus kepada murid Kelas Peralihan. Ketiadaan ini merupakan dapatan utama sorotan ini dan menunjukkan perlunya kajian empirikal terhadap kumpulan tersebut sebelum sebarang teknik pengajaran membaca dibangunkan untuk mereka.

Malay language reading skills form the foundation for learning across the curriculum; however, empirical evidence regarding the actual proficiency levels of students in Malaysia remains scattered across various journals, educational levels, and research designs. This systematic literature review was conducted to synthesize empirical research on the Malay language reading proficiency of school students in Malaysia, identify the weakest reading components and their associated factors, and assess the extent to which students in the 'Transition Class' (*Kelas Peralihan*) are represented within the existing body of research. The review followed the PRISMA 2020 reporting guidelines, with searches conducted across international databases and Malaysian journal platforms for publications spanning 2015 to 2026. Twenty primary studies met the eligibility criteria and were analyzed using thematic synthesis. Five themes were identified. First, reported proficiency levels are consistently limited, particularly among non-native speakers. Other themes include a recurring gap between word-decoding skills and text comprehension; factors spanning individual, familial, instructional, and school-structural levels; evidence of intervention effectiveness that is promising but constrained by small sample sizes and researcher-developed instruments; and a scarcity of research at the secondary school level. None of the studies in the corpus focus specifically on students in the 'Transition Class.' This absence constitutes a key finding of the review, highlighting the urgent need for empirical research on this group before any reading instructional techniques are developed for them.

Author Biographies

Arun Ahmad, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

p20242001751@siswa.upsi.edu.my

Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

zuhidayah@fbk.upsi.edu.my

Downloads

Published

2026-10-20

Issue

Section

Articles