Integrasi Model A.D.A.B UiTM dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dalam Pendidikan Kelestarian Pelajar Kejuruteraan
Integration of the UiTM A.D.A.B. Model and the Sustainable Development Goals (SDGs) into Sustainability Education for Engineering Students
Keywords:
Model A.D.A.B UiTM, pendidikan untuk pembangunan mampan, pendidikan kejuruteraan, kompetensi kelestarian, SDG, pembelajaran berasaskan nilai, UiTM A.D.A.B. Model, education for sustainable development, engineering education, sustainability competencies, SDGs, value-based learningAbstract
Pendidikan kejuruteraan untuk pembangunan mampan perlu melahirkan graduan yang bukan sahaja menguasai pengetahuan teknikal, malah berupaya membuat keputusan berasaskan nilai, integriti dan tanggungjawab terhadap masyarakat serta alam sekitar. Namun, penerapan kelestarian dalam kurikulum kejuruteraan sering tertumpu pada aspek teknologi, penilaian alam sekitar dan pematuhan standard, manakala pembentukan adab dan pertimbangan moral dan ketuhanan kurang diterjemahkan kepada aktiviti serta pentaksiran yang jelas. Pada masa yang sama, Model A.D.A.B Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang mengandungi lapan elemen iaitu Situate, Digest, Synthesize, Create, Connect, Reflect, Value dan Extend, menawarkan satu kerangka pembelajaran yang menekankan pembangunan nilai dan pembentukan pelajar secara holistik. Namun demikian, aspek pelaksanaan yang lebih konsisten serta pembangunan kaedah pengukuran yang sesuai masih boleh diperkukuh bagi menyokong penggunaannya dalam konteks pendidikan yang pelbagai. Kajian konseptual ini bertujuan menganalisis kesepadanan Model A.D.A.B dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), serta membangunkan pemetaan A.D.A.B-SDG untuk pendidikan kejuruteraan. Kajian menggunakan analisis literatur terhadap Model A.D.A.B UiTM, agenda SDG, panduan UNESCO dan kelestarian dalam pendidikan kejuruteraan. Berdasarkan kerangka konseptual yang dicadangkan, lapan elemen A.D.A.B yang merangkumi adab, amanah dan ketuhanan boleh dipetakan kepada komponen SDG yang merangkumi aspek kelestarian. Kerangka yang dicadangkan menghubungkan setiap elemen dengan hasil pembelajaran, aktiviti, cadangan pentaksiran serta SDG 4, 9, 11, 12 serta 13. Pemetaan ini menawarkan kaedah sistematik dan membolehkan adab, amanah dan ketuhanan diterjemahkan dalam penyelesaian masalah kejuruteraan.
Engineering education for sustainable development should cultivate graduates who not only have strong technical knowledge but also make decisions grounded in values, integrity, and a sense of responsibility towards society and the environment. However, the integration of sustainability within engineering curricula often concentrates on technological aspects, environmental assessments, and compliance with standards, while the development of adab, moral considerations, and spiritual values is less explicitly incorporated into learning activities and assessments. The A.D.A.B Model from Universiti Teknologi MARA (UiTM) comprises eight elements—Situate, Digest, Synthesize, Create, Connect, Reflect, Value, and Extend—which provide a learning framework that emphasizes the development of values and the holistic formation of students. Nonetheless, more consistent implementation and appropriate measurement approaches are needed to enhance its application across various educational contexts. This conceptual study aims to analyze the alignment between the A.D.A.B Model and the Sustainable Development Goals (SDGs) and to develop an A.D.A.B–SDG mapping framework for engineering education. The study is based on a literature review of the UiTM A.D.A.B Model, the SDG agenda, UNESCO guidelines, and sustainability in engineering education. Using the proposed conceptual framework, the eight A.D.A.B elements, which encompass adab, trustworthiness, and spiritual values, can be mapped to components related to sustainability within the SDGs. This proposed framework links each element to specific learning outcomes, learning activities, suggested assessment methods, and the relevant SDGs, particularly 4, 9, 11, 12, and 13. This mapping offers a systematic approach to integrating adab, trustworthiness, and spiritual values into engineering problem-solving activities.