Penggunaan AI Generatif sebagai Sokongan Pembelajaran Biologi: Kefahaman, Tekanan Akademik dan Kebergantungan Pelajar
The Use of Generative AI as Support for Biology Learning: Student Understanding, Academic Stress, and Dependency
Keywords:
AI generatif, pembelajaran Biologi, tekanan akademik, Generative AI, biology learning, academic pressureAbstract
Perkembangan kecerdasan buatan generatif (AI generatif) telah mengubah cara pelajar mendapatkan penerangan, meringkaskan nota, menghasilkan latihan dan mengurus kesukaran pembelajaran. Walaupun teknologi ini berpotensi menjadi perancah kognitif, penggunaannya turut menimbulkan persoalan tentang ketepatan maklumat, kebergantungan, integriti akademik, hubungan pelajar dengan pensyarah dan kesejahteraan psikologi. Kajian ini meneroka pengalaman pelajar menggunakan AI generatif dalam pembelajaran Biologi serta menafsirkan implikasinya berdasarkan psikologi pembelajaran dan etika Islam. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis sekunder terhadap data temu bual separa berstruktur 15 orang pelajar. Daripada 875 unit data mentah, 821 mengandungi respons substantif dan 119 unit telah ditandai pada peringkat awal sebagai berkaitan penggunaan AI. Data dianalisis menggunakan analisis tematik refleksif. Empat tema dikenal pasti (i) AI sebagai perancah kognitif untuk memudahkan konsep Biologi yang kompleks (ii) AI sebagai alat latihan aktif dan pemantauan kefahaman (iii) gabungan sokongan digital, manusia dan spiritual dalam menghadapi tekanan akademik dan (iv) peralihan daripada kemudahan kepada kebergantungan serta risiko epistemik. AI membantu pelajar memperoleh penerangan segera, meringkaskan kandungan dan menjana soalan, tetapi tidak menghapuskan kebimbangan peperiksaan. Sebahagian pelajar pula mendahulukan AI berbanding pensyarah atau rakan, sekali gus menimbulkan persoalan tentang ketepatan, autonomi intelektual, privasi bahan dan adab mendapatkan ilmu. AI perlu ditempatkan sebagai alat yang memperkukuh usaha intelektual dan kesejahteraan insan, bukan sebagai pengganti pemikiran, guru atau tanggungjawab moral pelajar.
The development of generative artificial intelligence (generative AI) has transformed how students obtain explanations, summarize notes, generate practice exercises, and manage learning difficulties. While this technology has the potential to serve as a cognitive scaffold, its use also raises concerns regarding the accuracy of information, dependency, academic integrity, the student-lecturer relationship, and psychological well-being. This study explores students' experiences using generative AI in the study of Biology and interprets the implications through the lenses of the psychology of learning and Islamic ethics. A qualitative approach was employed, utilizing secondary analysis of semi-structured interview data from 15 students. Out of 875 raw data units, 821 contained substantive responses, with 119 units initially identified as relevant to AI usage. The data were analyzed using reflexive thematic analysis. Four themes were identified: (i) AI as a cognitive scaffold for simplifying complex Biological concepts; (ii) AI as a tool for active practice and comprehension monitoring; (iii) a combination of digital, human, and spiritual support in coping with academic pressure; and (iv) a transition from convenience to dependency, alongside associated epistemic risks. While AI assists students in obtaining immediate explanations, summarizing content, and generating questions, it does not eliminate examination anxiety. Some students prioritize AI over lecturers or peers, which raises questions concerning accuracy, intellectual autonomy, the privacy of academic materials, and the proper etiquette (*adab*) for acquiring knowledge. AI should be positioned as a tool that strengthens intellectual endeavors and human well-being, rather than as a substitute for critical thinking, educators, or the student's own moral responsibilities.