Gaya Kepemimpinan Adaptasi dan Pemeliharaan dalam Kalangan Usahawan Ibu Tunggal di Sarawak: Perspektif Malaysia MADANI dan Etika Muamalat dalam Society 5.0
Adaptation and Maintenance Leadership Styles among Single-Mother Entrepreneurs in Sarawak: A Malaysia MADANI Perspective and the Ethics of Muamalat in Society 5.0
Keywords:
Usahawan ibu tunggal, kepemimpinan adaptasi, kepemimpinan pemeliharaan, Malaysia MADANI, etika muamalat, society 5.0, Single-mother entrepreneurs, adaptive leadership, stewardship leadership, ethics of economic transactions (muamalat)Abstract
Usahawan ibu tunggal berhadapan dengan keperluan mengekalkan kelangsungan perniagaan sambil menyesuaikan operasi dengan dinamik pelanggan, pasaran, dan teknologi. Walaupun literatur kepemimpinan keusahawanan banyak memfokuskan inovasi dan perubahan, wujud jurang kajian berhubung keupayaan usahawan ibu tunggal menggabungkan penyesuaian (adaptation) dengan pemeliharaan kestabilan operasi (preservation) secara serentak dalam konteks sosioekonomi tempatan. Kajian ini bertujuan meneroka gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh usahawan ibu tunggal di Sarawak bagi mengekalkan dan meningkatkan prestasi perniagaan. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan fenomenologi-hermeneutik. Pengumpulan data dijalankan menerusi temu bual mendalam separa berstruktur bersama 10 orang usahawan ibu tunggal di Kuching dan Kota Samarahan yang dipilih melalui pensampelan bertujuan (purposive sampling), dan dianalisis menggunakan Analisis Tematik Braun dan Clarke. Dapatan empirikal mengenal pasti dua gaya kepemimpinan utama, iaitu Gaya Kepemimpinan Adaptasi (merangkumi adaptabiliti, kepemimpinan strategik, kepemimpinan berteraskan teknologi, dan kreativiti) serta Gaya Kepemimpinan Pemeliharaan (merangkumi motivasi dan kawalan disiplin, pematuhan standard, serta rutin operasi). Sumbangan utama kajian ini membuktikan bahawa kelangsungan perniagaan usahawan ibu tunggal bergantung kepada fenomena kewujudan bersama (coexistence) antara keupayaan menyesuaikan diri dengan pemeliharaan kawalan dan kestabilan. Menerusi hasil interpretasi lanjutan, dapatan empirikal ini mempamerkan kesepadanan konseptual dengan nilai Daya Cipta dan Kemampanan dalam kerangka Malaysia MADANI, aspirasi Society 5.0, serta prinsip etika muamalat Islam (seperti amanah, ihsan, dan maslahah) sebagai kanta analisis berteraskan nilai. Kajian ini menyimpulkan bahawa kepemimpinan usahawan ibu tunggal beroperasi sebagai proses imbangan dinamik antara adaptasi dan pemeliharaan.
Single-mother entrepreneurs face the challenge of ensuring business continuity while simultaneously adapting their operations to the dynamics of customers, the market, and technology. Although the literature on entrepreneurial leadership frequently emphasizes innovation and change, there remains a research gap regarding how single-mother entrepreneurs manage to balance adaptation with the preservation of operational stability within a local socioeconomic context. This study aims to explore the leadership styles employed by single-mother entrepreneurs in Sarawak to sustain and enhance their business performance. The research adopts a qualitative design rooted in a phenomenological-hermeneutic approach. Data were collected through in-depth, semi-structured interviews with 10 single-mother entrepreneurs in Kuching and Kota Samarahan—selected via purposive sampling—and analyzed using Braun and Clarke’s Thematic Analysis. The empirical findings identify two primary leadership styles: an "Adaptation Leadership Style" (encompassing adaptability, strategic leadership, technology-driven leadership, and creativity) and a "Preservation Leadership Style" (encompassing motivation, disciplinary control, adherence to standards, and operational routines). A key contribution of this study is the evidence that the business continuity of single-mother entrepreneurs relies on the coexistence of the capacity for adaptation and the maintenance of control and stability. Furthermore, the interpretation of these findings reveals a conceptual alignment with the values of "Creativity" (Daya Cipta) and "Sustainability" (Kemampanan) within the *Malaysia MADANI* framework, the aspirations of *Society 5.0*, and the ethical principles of Islamic *muamalat* (such as *amanah*—trustworthiness, *ihsan*—excellence/benevolence, and *maslahah*—public interest), which serve as a value-based analytical lens. This study concludes that the entrepreneurship of single mothers operates as a dynamic balancing process between adaptation and preservation.